![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERHATIAN: Perkara dibawah ini hanya ditujukan khas untuk usahawan dan pemasar internet sahaja!.
“Adakah Anda Memerlukan Seorang Setiausaha Maya Untuk Membantu Kerja - Kerja Pemasaran Email Anda Secara Automatik 24 Jam Setiap Hari Tanpa Henti?”Jika Anda Merupakan Seorang Usahawan Internet Atau Bakal Menjadi Seorang Pemasar Internet,... Anda WAJIB Mengetahui Cara - Cara Efektif Bagaimana Untuk Menangkap DATA Pelawat Web Anda...
Rakan / Bakal Usahawan Internet Yang Dihormati, Bagaimana dengan operasi perniagaan dan pemasaran internet anda? Apakah ianya sudah mencapai ke satu tahap yang memuaskan hati anda? Seterusnya lihat pula kepada segala aktiviti pemasaran email anda. Adakah ia sedang berjalan secara "auto-pilot" setiap hari tanpa memerlukan pantauan yang berterusan daripada pihak anda? Pernahkah anda mengambil rekod data pelawat - pelawat web yang datang melawat ke web anda pada setiap hari? Jika YA, maka anda boleh mengabaikan apa yang bakal saya terangkan di sini. Namun jika BELUM, maka anda WAJIB untuk memberikan perhatian kepada setiap patah perkataan yang telah saya paparkan halaman ini.
Sudahkah Anda Memiliki Sistem Autoresponder?Tidak SAH sekiranya anda mengatakan anda seorang "usahawan internet" atau anda mengatakan anda menjalankan "perniagaan internet" akan tetapi tidak tahu dan tidak pernah memiliki Sistem Autoresponder! Tidak memiliki sebarang bentuk Sistem Autoresponder dalam aktiviti pemasaran di internet boleh diumpamakan anda ingin mengharungi perjalanan 10,000 kilometer dengan hanya berjalan kaki sahaja! Anda MUNGKIN mampu sampai ke destinasi yang ingin ditujui tetapi berapa lamakah masa yang perlu anda ambil untuk tiba ke destinasi tersebut? Mungkin 1 tahun, 2 tahun atau mungkin anda akan terus "GIVE UP" untuk meneruskan perjalanan! Sebaliknya jika anda memiliki Sistem Autoresponder, perjalanan anda mampu dipercepatkan dan dipermudahkan tanpa perlu kerja keras di pihak anda. Ianya adalah umpama anda menaiki sebuah "jet eksklusif" untuk anda tiba ke destinasi anda dengan penuh keselesaan.
Apakah Sebenarnya Maksud Sistem Autoresponder? Mengapa Ia Penting Dalam Meningkatkan Keuntungan Bagi Pemasaran Internet Anda?Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut. Sistem autoresponder turut digunakan untuk mengurus dan menyimpan rekod pelanggan seperti nama pelanggan, alamat email, no.telefon dan sebagainya mengikut kumpulan kempen pemasaran yang ditetapkan oleh pemilik sistem. Sebagai contoh jika anda ingin membina 2 kumpulan kempen pemasaran iaitu satunya adalah untuk mendapatkan senarai prospek produk kesihatan dan satu lagi adalah untuk senarai prospek produk pakaian, maka dengan mudah sistem autoresponder dapat melaksanakannya. Secara ringkasnya, antara sebab mengapa anda perlukan sistem autoresponder untuk aktiviti pemasaran internet anda adalah:
Anda kini sudah memahami betapa pentingnya sistem autoresponder dalam aktiviti pemasaran internet anda. Beza antara golongan yang mampu menghasilkan "wang besar" di internet adalah mereka memiliki sejumlah senarai pelanggan yang boleh di hubungi pada bila - bila masa. Sekiranya anda ingin bersaing atau ingin sama taraf dengan "otai - otai" pemasaran di internet atau ingin menjana pendapatan dengan mudah serta ingin dikenali sebagai seorang usahawan yang boleh dipercayai dan berkredibiliti, maka sistem autoresponder amat diperlukan untuk tujuan ini.
Jangan Mensia - Siakan Kehadiran Pelawat Web Anda... Anda Perlu Tangkap Data Pelawat Web Anda Bermula Pada Hari Ini Juga!
Usahawan Internet yang melakukan pemasaran di internet secara SERIUS sama sekali tidak akan mensia - siakan setiap perkara yang mereka laksanakan untuk pemasaran mereka terutama sekali berkaitan pelawat - pelawat web mereka. Ini adalah kerana pelawat web adalah merupakan prospek yang berpotensi untuk menjadi pembeli produk - produk mereka. Dengan memiliki data prospek, usahawan boleh berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa dan hal ini sekaligus dapat mewujudkan hubungan silaturrahim antara usahawan dan prospeknya. Prospek yang sentiasa dihubungi akan timbul rasa kepercayaan mereka terhadap usahawan dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berurusan dan menjadi pelanggan kepada usahawan tersebut. Sebagai contoh, andaikan setiap hari anda menerima sekurang - kurangnya 500 orang pelawat baru yang datang melayari ke laman web anda. Sekiranya anda tidak menggunakan sistem autoresponder, anda akan kerugian dan kehilangan KESEMUA pelawat web anda tersebut! Jika 500 orang setiap hari, maka sebulan 15,000 orang pelawat yang anda abaikan! Namun sebaliknya jika anda menggunakan sistem autoresponder pada laman web anda tersebut, sekurang - kurangnya anda dapat mengumpul 10% data pelawat daripada keseluruhan jumlah pelawat web anda. Dengan 10% data yang dapat dikumpulkan daripada jumlah keseluruhan pelawat tersebut, anda boleh melakukan "follow up" terhadap pelawat - pelawat tersebut dari semasa ke semasa dan akhirnya mereka berpotensi menjadi pelanggan anda! Untuk dijadikan cerita, katakan anda memiliki 5000 senarai data pelawat web yang telah menjadi prospek anda. Pada suatu hari anda melakukan promosi terhadap satu produk yang berharga RM50.00 kepada kesemua 5000 senarai prospek anda tersebut. Katakan 10% daripada daripada senarai prospek anda telah membeli produk yang anda promosikan tersebut. Ini bererti anda berjaya menjana jualan sebanyak:
5000 prospek x 10% tindakan x RM50.00 = RM25,000!
YA! Anda mampu meraih hasil jualan seperti yang dinyatakan. Malah anda MAMPU menghasilkan LEBIH daripada itu sekiranya anda memiliki data prospek yang berkualiti dalam sistem autoresponder anda!
Anda Mampu Meningkatkan Hasil Jualan Produk - Produk Anda Melebihi 100% Dengan Adanya Bantuan "Auto-Pilot" Daripada Sistem Autoresponder
Inilah kelebihan penggunaan sistem autoresponder dalam aktiviti pemasaran internet anda. Sistem Autoresponder mampu menjadikan perniagaan anda bergerak secara autopilot SELEPAS anda menetapkan arahnya. Anda mampu meninggalkan aktiviti pemasaran email anda untuk seberapa lama tempoh yang anda inginkan selepas ia bergerak secara autopilot! Jika ingin diceritakan tentang kelebihan sistem autoresponder ini, terlalu banyak! Maka dengan itu...
Pastikan anda muat turun ebook percuma di atas. Kami telah mendedahkan secara PERCUMA 2 daripada 6 Bab Manual Start Up Panduan Sistem Autoresponder ini semata - mata ingin memberikan anda maklumat tentang apakah sebenarnya Sistem Autoresponder dan kepentingannya.
Masalah Yang Menjadi Beban Kepada Rata - Rata Usahawan Internet Baru Adalah TIADA MODAL Untuk Memiliki Sistem AutoresponderJika anda SERIUS dengan perniagaan internet anda, maka anda sangat - sangat memerlukan sistem autoresponder untuk melengkapkan aktiviti perniagaan anda. Walaubagaimanapun, masalah yang sering membelenggu rata - rata usahawan internet yang baru adalah kekurangan wang untuk mendapatkan sistem autoresponder yang diperlukan. Secara ringkasnya, terdapat 2 kaedah terbaik untuk memiliki sistem autoresponder iaitu:
1. Menggunakan Perkhidmatan Sistem Autoresponder Daripada Pihak Ke-3 (Remotely Hosted) 2. Memasang Script Sistem Autoresponder Ke Server Sendiri (Locally Hosted)
1. Sistem Autoresponder Berkonsepkan Remotely Hosted Sistem Autoresponder jenis ini adalah konsep yang terbaik JIKA pengguna tidak mahu pening kepala dalam soal menguruskan segala perkara berkaitan "teknikal" sistem dan juga server. Penyedia perkhidmatan yang paling popular dan paling disyorkan oleh rata - rata usahawan internet adalah dari Aweber.com dan Getresponse.com Walaubagaimanapun, masalah besar yang menjadi penghalang kebanyakan usahawan internet baru untuk mendapatkan perkhidmatan ini adalah modal tidak mencukupi. Kedua - dua perkhidmatan ini menawarkan harga bermula serendah USD18 sehinggalah melebihi USD100 untuk setiap pakej yang berbeza.
Harga yang ditawarkan inilah yang menjadi penyekat kepada usahawan internet baru untuk memulakan aktiviti pemasaran mereka menggunakan sistem autoresponder! Mereka menganggap harga ini terlalu tinggi untuk mereka laburkan setiap bulan kerana mereka masih belum mendapat sebarang pendapatan di internet... (Psst.... Harga yang mereka tawarkan sebenarnya adalah murah JIKA dibandingkan anda terpaksa menguruskan segala masalah teknikal sistem, kos penyelenggaraan server dan sebagainya sendiri!) Disebabkan kerana masalah MODAL ini, mereka mencari alternatif dengan cara ingin menggunakan...
2. Sistem Autoresponder Berkonsepkan Locally Hosted Konsep Sistem Autoresponder berasaskan Locally Hosted ini adalah konsep dimana anda mendapatkan script Sistem Autoresponder dan seterusnya di pasang ke dalam hosting / server anda sendiri. Cara ini pada mata kasarnya DAPAT MENJIMATKAN perbelanjaan bulanan usahawan internet baru yang ingin menggunakan sistem autoresponder. Terdapat banyak script sistem autoresponder yang ditawarkan di internet. Ada yang percuma dan ada yang perlu dibeli... Walaubagaimanapun, yang menjadi MASALAH UTAMA pula bagi konsep sistem autoresponder locally hosted ini buat usahawan internet baru adalah mereka TIDAK MAHIR dalam proses pemasangan sistem script. Disebabkan oleh masalah ini, kami telah menghasilkan panduan lengkap langkah demi langkah penerangan tentang pemasangan salah satu script autoresponder (pilihan kami yang terbaik dan PERCUMA!) dan juga beserta tutorial penggunaan sistem script tersebut!
Dengan itu, kami memperkenalkan...Pakej e-Book dan Video Tutorial Lengkap
|
![]() |
Produk ini adalah merupakan pakej yang menerangkan dengan lengkap apakah sebenarnya sistem autoresponder dan bagaimana anda boleh menggunakan sistem autoresponder.
Malah bukan itu sahaja, anda turut dibekalkan dengan SUMBER download script sistem autoresponder percuma yang TERBAIK untuk anda gunakan. Lupakan script autoresponder percuma yang lain dan gunakan script ini untuk pemasaran internet anda!
Kami telah menyediakan video - video tutorial tentang cara - cara pemasangan script autoresponder ke dalam server anda dan juga video tutorial tentang BAGAIMANA untuk menggunakan sistem autoresponder tersebut untuk mengurus kempen pemasaran anda serta bagaimana untuk mengumpul data pelawat web anda.
Ringkasnya, anda akan dibimbing dengan teliti sehingga anda mampu mengoperasikan sistem autoresponder yang dipasang dengan tangan anda sendiri!
Item yang bakal anda miliki adalah seperti berikut:
![]() |
Pakej Tutorial Sistem Autoresponder turut didatangi dengan satu manual start-up yang akan membimbing anda untuk memahami maksud Sistem Autoresponder dan cara kerja Sistem Autoresponder.
Di dalam manual ini, anda akan diterangkan dengan:
Pengenalan Sistem Autoresponder
Konsep Kerja Sistem Autoresponder
“Flow” Kempen Pemasaran Menerusi Sistem Autoresponder dan Proses “Flow” Yang Terlibat
Jenis – Jenis Sistem Autoresponder (Desktop Hosted, Locally Hosted dan Remotely Hosted)
Pemilihan Sistem Autoresponder Terbaik?
Locally Hosted vs Remotely Hosted
Script Percuma vs Perkhidmatan Percuma
Getresponse vs Aweber
Tips Penggunaan Sistem Autoresponder
Proses Viral Semasa dan Selepas Subscribe
Perpindahan Subcriber Dari Satu Kempen Ke Kempen Lain
Perpindahan Mailing List Dari Satu Sistem Autoresponder Kepada Sistem Autoresponder Yang Lain
Tips Buat Duit Dengan Sistem Autoresponder
Langkah – Langkah Mendapatkan Prospek (List)
Tips Pantas Penulisan E-mail Follow Up
Kesimpulan
Segala penerangan yang dibekalkan dapat membimbing anda dalam usaha membangunkan kempen pemasaran produk dan perkhidmatan anda di internet menerusi sistem autoresponder.
Penerangan adalah merangkumi daripada pelbagai aspek yang sering menjadi tanda tanya kepada pengguna - pengguna baru sistem autoresponder. Dengan adanya manual start up ini, pengguna baru pasti akan dapat memahami dan menguasai aspek penggunaan pemasaran menerusi autoresponder dengan lebih baik.
![]() |
Ini adalah produk utama Pakej Tutorial Sistem Autoresponder. Anda akan menerima video - video tutorial yang akan menerangkan proses bagaimana untuk memasang sistem autoresponder ke server anda.
Antara topik - topik yang diterangkan adalah merangkumi:
Video 1: Persediaan dan Muat Turun Script
Video 2: Membina Database MySQL
Video 3: Konfigurasi Script Sistem Autoresponder, FTP & Table Database
Video 4: Penetapan 10 Arahan Fungsi CronJob
Ini adalah merupakan video tutorial yang eksklusif yang akan menerangkan bagaimana anda boleh memasang script sistem autoresponder percuma ke dalam akaun hosting anda.
Script yang digunakan adalah merupakan 1 script berbayar yang kini boleh diperolehi secara PERCUMA! Ia merupakan script percuma yang TERBAIK buat masa ini.
Anda boleh membina "unlimited" kempen pemasaran bagi mana - mana laman web anda dengan hanya 1 pemasangan sistem script sahaja!
![]() |
Setelah pemasangan script dilakukan, sudah tentu cara penggunaan sistem autoresponder itu sendiri perlu diterangkan. Jadi, kami turut menyediakan tutorial lengkap tentang cara penggunaan sistem autoresponder ini dan antara topik yang diterangkan adalah:
Konfigurasi Sistem Pengoperasian
Membina Kempen Pemasaran
Menambah Email Follow Up
Menghasilkan Borang OPT-IN dan Uji Cuba (Bahagian 1)
Menghasilkan Borang OPT-IN dan Uji Cuba (Bahagian 2)
Melakukan Broadcast Email
Penggunaan Tracker
Melakukan Back Up Database
Segala penerangan yang dibekalkan dapat membimbing anda dalam mempelajari cara - cara menggunakan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam sistem autoresponder ini.
Terdapat pelbagai TRIK dan TIPS yang turut didedahkan dalam setiap penerangan yang diberikan. Anda boleh mengaplikasikan tips yang disediakan untuk setiap pembinaan kempen pemasaran anda kelak.
![]() |
Anda pernah melihat perkhidmatan sistem autoresponder selain daripada Aweber dan Getresponse? Ya, terdapat banyak perkhidmatan autoresponder yang ditawarkan di internet dan antara yang popular adalah seperti Norabots, MonsterResponse, ShoutResponse dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, dahulunya script yang dinyatakan telah dijual dengan harga USD29.97 hanya untuk 1 lesen pemasangan di server anda...
Namun pada hari ini ia telah diberikan secara percuma oleh "pencipta"nya kerana beliau berasa kecewa akibat script yang beliau hasilkan telah diedarkan secara percuma kepada orang ramai.
Demi untuk mengatasi masalah ini, pencipta script autoresponder tersebut telahpun menukar strateginya daripada menjual script tersebut dengan memberikan ia PERCUMA sahaja secara terus daripada laman web beliau sendiri!
Walaubagaimanapun, script tersebut tidak disertakan dengan "tutorial" cara pemasangan dan juga cara penggunaan sistem script tersebut. Hal ini mungkin boleh memberikan kesukaran kepada anda untuk memasang script serta menggunakan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam sistem autoresponder tersebut...
Maka dengan itu kami telah menghasilkan tutorial khas untuk membantu anda mempelajari bagaimana untuk memasang script ini ke server anda dan juga tutorial bagaimana untuk menggunakan segala fungsi yang disediakan oleh script tersebut...
Sebagai sokongan kepada anda dalam penggunaan sistem autoresponder, kami turut menyediakan beberapa bonus seperti template borang subscribe dan juga video tutorial EXTRA yang akan menerangkan anda sedikit TIPS dalam penggunaan sistem autoresponder.
Antara bonus - bonus yang akan anda miliki adalah seperti berikut:
![]() |
Sebagai item tambahan, kami turut menyediakan bonus - bonus tambahan yang boleh anda gunakan untuk kempen pemasaran anda iaitu seperti:
Koleksi Template Borang Opt-In
Template Email Pengesahan
Template Halaman Terima Kasih dan Pengesahan
Anda boleh gunakan template yang dibekalkan untuk memudahkan tugas anda menyiapkan kempen pemasaran autoresponder yang diperlukan.
![]() |
Kami turut memberikan TIPS bagaimana anda boleh melakukan beberapa trik terhadap borang OPT-IN anda iaitu seperti:
Video 1: Memasukkan Code OPT-IN ke Template Borang OPT-IN
Video 2: Mengaplikasi Proses Redirect Subscribe ke Tetingkap Baru
Video 3: Memasukkan Code OPT-IN ke Blog menerusi Widgets
3 tips yang dibekalkan ini pasti dapat membimbing anda melakukan konfigurasi terhadap code borang OPT-IN yang anda bakal miliki daripada sistem autoresponder yang anda gunakan.
Semua bonus ini akan diberikan secara PERCUMA sahaja sebagai hadiah dan sagu hati sekiranya anda memiliki Pakej Tutorial Sistem Autoresponder.
Apa yang kami mahukan anda supaya anda segera membangunkan kempen pemasaran anda dan mula mengumpul senarai prospek buat perniagaan anda.
Anda perlu tahu bahawa senarai prospek (mailing list) yang anda kumpul adalah merupakan ASET terpenting buat perniagaan internet yang anda jalankan.
Oleh itu,...
![]() |
Berapakah seharusnya kami caj harga untuk Pakej Tutorial Lengkap Sistem Autoresponder ini? Jika diikutkan, kami boleh mengenakan caj sekurang - kurangnya RM297.00 untuk memberikan anda panduan berasaskan teknikal seperti ini.
Anda bukan sahaja akan diajar tentang cara pemasangan script sistem autoresponder, malah anda turut akan diajar cara untuk menggunakan sistem autoresponder yang telah dipasang. Sebagai sokongan kepada pembelajaran anda lagi, kami telah menyediakan Manual Start Up yang padat dengan informasi untuk anda memahami proses - proses yang terlibat dalam penggunaan sistem autoresponder dengan cara yang betul.
Malah, kami juga ada memberikan TIPS - TIPS bagaimana anda boleh BUAT DUIT dengan membangunkan strategi pemasaran menerusi sistem autoresponder. Pakej ini amat bernilai untuk anda dan perniagaan internet anda!
Maka dengan itu,...
Ya, dengan hanya RM40.00 sahaja, anda mampu menguasai cara - cara pemasangan sistem autoresponder ke dalam server anda,... menggunakan sistem autoresponder yang dipasang... MALAH anda turut akan dibekalkan dengan trik dan tips penggunaan sistem autoresponder dalam usaha anda untuk menjana pendapatan yang lumayan di internet!
Jika YA, maka segera dapatkan Pakej Tutorial Sistem Autoresponder pada hari ini juga dan praktikkan segala informasi yang diajar menerusi Manual dan Video Tutorial yang dibekalkan sesegera yang boleh!
Anda mungkin boleh mencari informasi yang berada di internet dalam usaha mempelajari apa yang terkandung di dalam Pakej Tutorial Sistem Autoresponder ini...
Walaubagaimanapun, dalam usaha anda untuk mendapatkan kesemua informasi tersebut, anda bakal membuangkan masa anda berjam - jam atau mungkin berhari - hari hanya semata - mata ingin mengumpul informasi yang diperlukan.
Mengapa perlu membazir masa anda tersebut sedangkan sudah ada solusi mudah yang mampu menyegerakan proses pembelajaran anda dan sekaligus memberikan hasil yang anda ingini dalam kadar yang lebih cepat dan mudah?
Oleh itu, jangan bertangguh lagi... Klik di sini untuk segera ke ruangan tempahan... :-D
Sekian, salam maju jaya.
Rakan seperjuangan anda,
Ahmad Rizal Razali

[[verified reseller]]
p.s - Kalau anda masih belum menggunakan sebarang bentuk sistem autoresponder dalam aktiviti pemasaran internet anda, maka pertimbangkan segera untuk memiliki Pakej ini. Anda PASTI tidak akan rugi memilikinya!
p.p.s - Bina "mailing list" anda bermula pada hari ini juga! Klik Di Sini!
[Tempahan Produk] [Syarat & Terma] [Pertanyaan] [Affiliate]
![]() |
